BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 28 Ogos 2014

MOTIVASI TENTANG IMPIAN

Semua orang ada impian,ada harapan,ada cita-cita sekurang-kurangnya ada perancangan dalam masa terdekat.Memang manusia lazimnya akan merancang macam-macam dalam hidup mereka tapi penentu akhirnya adalah mereka berjaya atau tidak capai apa yang mereka rancangkan,apa yang mereka impikan dan apa yang mereka harapkan semua menjadi misteri dan tanda tanda tanya sebelum masa bergerak dan berlalu kehadapan cuma takdir yang tahu jawapannya ini kerana sebaik-baik penentu ialah ALLAH SWT.Tapi ingat!!!!!!!!!!!!!!!!!  jangan pernah biarkan orang tertawakan impian anda,selagi mana anda ada impian maka pertahankan ia ini biarlah anda belajar dikelas hujung,biarlah orang kata anda tiada harapan untuk berjaya selagi mana anda ada impian maka pertahanlah ia ini kerana suatu hari nanti anda akan ingat dimana anda bermula dengan memasang impian anda berjaya mengapai impian anda itu walaupun ditertawakan oleh kawa-kawan anda..

     BAgi anda lebih faham tentang apa yang saya perkatakan tadi saya selitkan satu cerita Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .  “

Kita sedih, Kita kecewa. Sebab gagal dapat apa yang kita mahukan. Sebab gagal laksanakan apa yang cuba bayangkan. Kita menangis sebab gagal miliki apa yang kita idamkan. Itu sesuatu yang pasti. Kita hanya manusia biasa.

Jika semalam kita kecewa kerana usaha yang sia-sia, jangan bimbang. Jika semalam kita sedih kerana semua impian musnah, jangan terlalu berduka. Jika kita hampir gila kerana apa yang dimiliki dan digenggam jatuh berderai, hilang dan lenyap. Jangan terlalu lama bersedih. Ingatlah bahawa semua itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih indah oleh Dia. Bukankah dia sebaik-baik penentu?..

Harapan masih ada untuk yang tidak jemu berusaha. InsyaAllah.. Pujuklah hati supaya usah terlalu kecewa dan bersedih..

Dia masih ada..

RINGKASAN TENTANG IMPIAN
(IMPIAN )
Pertama muncul sebuah impian, diikuti oleh perjuangan, lalu ada kemenangan. Masalahnya adalah, kebanyakan orang menyerah dalam perjuangan dan tidak pernah merasakan manisnya kemenangan.#muslimsuper

Ini rumusannya orang yang berjaya capai impiannya
- Menangkap impiannya
- Menuliskannya
- Melakukan sesuatu untuk mencapai impiannya. ~ Rangga Umara

Banyak yang menyerah dalam perjalanan meraih IMPIAN. Biarlah... Asal bukan Saya atau Kamu.

Jumaat, 27 Jun 2014

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah KamsahPEtua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

kita ingat 10% apa yang dibaca

kita ingat 20% apa yang didengar

kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat

kita ingat 70% apa yang dicakapkan

kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).


...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  • Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum
  • Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 

  • Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 
  • Tahu teknik merangsang memori: 
  • memasukkan maklumat dalam memori (registration) 
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) 
  • mengingat kembali (recall) 
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 
  • Sentiasa awal dan mendahului: 
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. 
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. 
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. 
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 
  • Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 
  • Mempunyai teknik membaca yang betul: 
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 
  • memberikan tumpuan sepanuhnya 
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca 
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas. 
  • Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 
  • Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 
  • Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 
  • Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 
  • Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 
  • Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 
  • Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 
  • Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 
  • Tahu petua mengulang kaji: 
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 
  • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna 
  • duduk tegak dikerusi yang selesa 
  • baca doa penerang hati 
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 
  • fikir dan ingat kembali isi utama 
  • catat/lakar 
  • semak semula ketepatan maklumat 
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 
  • buat rumusan 
  • jawab soalan 
  • tampal maklumat yang rumit di dinding 
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 
  • Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 
  • Tahu petua-petua agar tidak lupa: 
  • jangan makan kepala ikan 
  • jangan makan organ dalaman 
  • jangan minum semasa makan 
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut 
  • jangan melihat kemaluan 
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu 
  • banyakkan makan kekacang 
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang 
  • jangan kencing berdiri 
  • Tahu kemahiran mengingat: 
  • tampal nota-nota penting di dinding 
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 
  • gunakan kaedah akronim 
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 
  • Cekap mengatur jadual belajar: 
  • mempunyai jadual belajar 
  • patuh kepada jadual 
  • buat jadual yang boleh diikuti 
  • Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 
  • Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 
  • Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 
  • Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 
  • Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 
  • Pelbagaikan tempat belajar. 
  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 
  • Ciri-ciri pelajar cemerlang: 
  • taat kepada Allah 
  • mendirikan sembahyang 
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka 
  • hormati & sayangi guru 
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. 
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari 
  • membantu rakan yang memerlukan 
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah 
  • sentiasa bertawakal 
  • mahir dalam setiap mata pelajaran 
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

CATATAN KENANGAN UNTUK CIKGU WAZUM KARITNI




JASA MU AKAN KU KENANG SEPANJANG HAYAT INI.UNTUK MU Cikgu Wazum Kartini. ku tulis kan catatan ikhlas dari hati.. Perpisahan itu berbeza daripada perceraian... perpisahan meninggalkan
kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran... Kepercayaan akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika fikiran sentiasa mengingatkan... hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan tangisan perpisahan... jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi lebih bermakna...Sebagai seorang anak murid kita mungkin jarang berbicaranamun dalam diam aku amat menghormati dirimu dari jauh, aku amat menyanjung dirimu
jangan lupakan diriku wahai guruku jangan lupakan diriku kerana di SMK LALOH bertuah ini kita dipertemukan
ingatlah
" sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua "Sebagai seorang anak murid pula
Aku pasti merindui nasihatmmu wahai cikguku aku mohon maaf wahai cikgu yang budiman dan baik hati
mungkin ada ketika tuturku mungkin mengguris nalurimu mungkin gurauku agak melangkaui batas yang seharusnya Demi Allah Demi Allah bukan niatku untuk menyinggung perasaanmu Ahhhhh!!!!Berhentilah wahai mata dari mengalirkan mutiara suam jernih perpisahan ini bukan untuk ditangisi
tetapi perpisahan ini untuk diingati bukan setakat hari ini bukan setakat esok
tetapi untuk selama-lamanya
KAMI SENTIASA RINDU Cikgu Wazum Kartini. ..doakan kami family diamond berjaya dalam spm..biar berjaya dunia dan akhirat sek kito ter..


Khamis, 5 Jun 2014

Rintihan seorang bakal muallaf



Ku berlari dari bayang-bayangku

Dari kegelapan dahulu

ingin menuju ke jalan bercahaya

tidak menghiraukan bahaya


adakah itu salah

apakah itu masalah

untuk seorang insan hina bertaubat

walaupun dosa kekafirannnya lebat

inginkan ke jalan yang sepatutnya

dan lepaskan diri dari racun dunya


aku mahu redha

tapi aku tetap manusia

tetap ada airmata

yang mengalir bila terluka


kenapa yang sepatutnya membantuku

yang akan menjadi saudari saudaraku

mencaci, mencemuh dan menhina

menggali aib dan menayangkan semua


kenapa, kenapa, kenapa?

begitu membenciku sehingga

ku berasa bersalah ingin bertaubat

salahkah apa yang ku buat?


pernah ku terfikir untuk berhenti

berpaling dan berlari

namun aku tak sanggup

untuk terus sia-siakan hidup

tanpaMu Ya Allah

keranaMu aku akan belajar lebih redha

jika tidak, aku pasrah...


Ditulis oleh saya sendiri, Felixia Yeap di petik dari FB

Felixia Yeap

Jumaat, 30 Mei 2014

30 FAKTA MENARIK TENTANG WANITA



1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).


4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.


5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.


8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.


9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.


11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.


13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.


14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.


15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.


16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!


18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.


19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.


20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!


22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.


23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.


25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.


26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.


27.Senjata wanita adalah airmata!!


28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.



30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Dari FB KE PELAMIN???

Bismillahirrahmanirrahim..hrini saya nk story skit tntang cinta fb nie boleh percaya ke ekk..boleh ke? boleh ke ?itu pertanyaan yang sering diungkap oleh pemilik FB yang sering kali merasakan satu perasaan cinta terhadap kenalan FBnya yg baru beliau kenali tidak kira laki mahupun pompuan tpi benda nie semua xmustahil kalau ada jodoh kawan.tpi jgn sia2kan  zaman remaja anda dgn cinta murahan jadilah LIMITED EDITION supaya dapat pasangan yang LIMITED EDITION (take the point)..tpi ada juga manusia yang yg lemah keimanan atau berniat untuk cari pasangan utk puasakan nafsu masyallah!!!!BEberapa mingggu yg lepas ada tersiar dalam satu media cetak yg bertajuk Cinta FB bawa ke hotel bajet disini kita nampak maaf kalau saya kasar bahasanya yang bakal saya ucapkan ini disini kita nampak betapa BODOHNYA pompuan dan betapa BANGSATNYA lelaki yang senang-senang jew jatuh ke lembah maksiat

  sumber gambar sinar harian

tapi ada juga yang jadikan dunia teknologi seperti media sosial untuk mencari cinta yang diredai oleh ALLAH dan mengelakkan jatuhke lembah ke maksiatan tpi jangan salah anggap saya bukan suruh anda bercinta di dalam fb tpi ada yang dapat jodoh melalui fb kalau kena dengan caranya itu yang saya mahu ceritakan sebenarnya.KALAU kita sayang kan seseorang jangan terlalu taksub nanti merana diri bak kata mat jiwang Cintailah seseorang dengan kesederhanaan Rindukanlah seseorang dengan kesederhanaan agar dirimu tidak terus hanyut dengan cinta..ALLAH menjanjikan jodoh yang terbaik untuk kita..anda pernah dengarkan pasangan yang baik untuk org yang baik jadi teruslah menjadi baik..berbalik kepada FB betul ke cinta fb tu ikhlas ???saya pun tak tahu..bgi saya semua 2 atas niat masing2 kalau dia betul2 ikhlas insyallah perhubungan itu ikhlas tpi dalam perhubungan jangan pernah langgar perintah ALLAH..kalau kita benar-benar sayang biar kita simpan perasaan itu seorang dan berdoa kalau itu jodoh kita rapatkan kalau itu boleh buat kita jadi lara atau jatuh kedalam kemaksiatan minta dijauhi dengan segera.TApi sebaiknya kita sebagai umat islam BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH insyallah jodoh itu akang datang tidak kira dimana,bila,lambat atau cepat..tapi yang sebenarnya dalam dunia sekarnag  ini Budaya mengislamikkan cinta sebelum nikah; lalu menghalalkan , bergayut, couple, dating antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dimulakan dengan salam, diakhiri dengan salam, ada pula yang berchatting dalam bahasa Arab agar kelihatan betapa islamiknya cinta mereka. Hal ini cukup bahaya kerana ia mengandungi racun-racun yang tersembunyi. Ini bukan cinta Islam sebaliknya adalah cinta yang didorong oleh hawa nafsu dan bisikan-bisikan Syaitan jadi gunakan media sosial dengan betul agar tidak jatuh ke lembah zina..insyallah lu ada jodoh tak kemana..

:::ALLAH PEMILIK HATIKU:
:: Hanya pada DIA hati kan merasa tenang. Luahkan segala dalam rintihan doa saban waktu jangan pernah jemu. Kerana hanya DIA Maha Mengetahui apa yang tidak engkau ketahui.

Khamis, 15 Mei 2014

TEMAN KE KAWAN?


TEMAN KE KAWAN?







Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Apa khabar anda semua? Teman sihat-sihat saja. Teman bermakna saya dalam loghat Perak.



1. Macam mana nak pilih teman? Teman yang nak kita cari sebenarnya ialah orang yang beriman dan taat kepada Allah SWT dan mengikut Sunnah Rasulullah. Zaman sekarang ni walaupun ramai yang berpendidikan agama sampai ke universiti pun Islam, tapi perangai... Masya-Allah!



2. Ada orang yang di hadapan kita bukan main baik lagi tapi di belakang kita, mereka menjadikan kelemahan kita sebagai modal untuk hentam kita. Kalau nak selamat, carilah teman yang menjaga solatnya. Orang yang tak tinggal solatnya tak akan melakukan kejahatan. Kita kena perhatikannya sama ada dia pura-pura atau tidak.



3. Teman yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya akan melakukan kebaikan kepada kita dan menjaga kebajikan kita. Ada tak anda dapat teman begini? Kalau anda dapat, anda ialah orang yang bernasib baik kerana orang ini adalah teman sejati. Dia bukan berlaku baik kepada anda tapi juga kepada keluarga anda. Itulah teman sejati yang akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia hingga akhirat.



4. Orang yang menjadi sahabat kita ini, Insya-Allah akan dapat bersama-sama dengan Nabi-nabi, orang-orang Sodiqqin, orang yang mati Syahid dan orang yang Soleh. Kalau kita menjaga persahabatan kita dengan orang begini, kita pun dapat tumpang sekaki.



5. Jadi, berdoalah selalu seperti doa yang saya sebutkan dulu iaitu “Ya Allah, jadikanlah hambamu ini orang yang mencintaimu. Dekatkanlah hamba dengan orang yang mencintaimu dan kurniakanlah kepada hamba-Mu ilmu dan perkara yang akan mendekatkan diri hamba kepada-Mu".



6. Masihkah ada orang yang bersifat seperti ini dan kita dapat menumpang tuahnya? Kalau anda tak jumpa orang macam ni, andalah yang kena berubah menjadi orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya! Itulah yang sebaik-baiknya.



7. Kalau kita ada teman yang selalu berpura-pura tapi sebenarnya dia tak ikhlas dengan kita, maka berhati-hatilah kerana orang ni ialah orang munafik. Dia hanya akan berkawan dengan kita jika kita ni ada kepentingan bagi dirinya. Kalau dirasanya kita ni akan mengancam atau menyusahkannya, dia akan menjauhkan dirinya daripada kita.




8. Begitu juga dengan orang kafir. Sebaik-baik orang kafir, tak guna juga segala kebajikannya selagi dia tak beriman kepada Allah SWT. Orang kafir tak boleh dipercayai tapi kalau orang Islam yang berdamping dengannya tak ambil peluang untuk menariknya menjadi orang yang beriman, alangkah ruginya orang Islam itu.



9. Kadang-kadang orang Islam yang berkawan dengan orang kafir lebih teruk perangainya daripada orang kafir. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk Orang munafik dan Orang Kafir.



10. Jauhkanlah diri kita daripada orang-orang ni sebab nanti tak pasal-pasal kita join depa ni dalam Neraka Jahanam. Sebab tu kalau nak pilih kawan atau teman, pilihlah orang yang menjaga solatnya kerana orang yang memelihara solatnya tak mungkin nak buat maksiat.



11. Kalau dia masih buat kejahatan, maknanya dia tak solat dengan khusyuk ataupun solatnya tak diterima oleh Allah SWT disebabkan dia masih kurang lagi ilmu dalam menyempurnakan solatnya.



12. Kalau nak cari geng, carilah geng yang boleh berbincang tentang perkara yang baik. Mungkin kita tak pandai nak berbicara tentang agama tapi kita boleh mengajak kawan-kawan atau teman kita pergi ke majlis ilmu yang dikehendaki.



13. Akhir sekali, janganlah berkawan dengan orang zalim atau bersubahat dengan dengan mereka . Kadang-kadang kita nak menjaga hati mereka sampai sanggup melakukan apa saja yang diminta atau diarahkan oleh mereka. Akibatnya, kita akan dapat balasannya bukan saja di dunia tapi juga di akhirat kelak. Tak berbaloi niat kita tu!



14. Cuba bayangkan api kalu terkena kulit kita, inikan pulak kalau kena bakar dalam neraka macam ubi bakar dalam dapur arang. Kalau saya bayangkan keadaan tu, saya rasa tak sanggup nak hidup lama-lama sebab takut kene siksa di akhirat kalau buat salah. Kebajikan pun tak nampak ganjaran lagi, jadi macam nak menghadap mahkamah Allah di akhirat nanti kalau timbangan nanti menjurus kepada neraka?




15. Oleh itu, kalau nak pilihlah teman, pilihlah orang yang betul-betul mengambil berat tentang kita, bukannya yang sanggup menganiayai kita atau mengambil kesempatan terhadap kita. Insya-Allah, kita akan selamat dan mendapat kebahagiaan bersama-sama teman-teman dan kawan di dunia hingga akhirat.




Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.



Berkawan biar seribu tetapi dalam seribu hanya ada seorang sahaja yang akan setia bersama kita dalam keadaan susah atau senang.



Semoga anda akan mencari teman sejati . Wassalam.